
Yusof, 58, berkhidmat dengan perkhidmatan awam selama 32 tahun, dengan jawatan pertama yang disandangnya penolong setiausaha di bahagian ekonomi Kementerian Kewangan pada 12 Jan 1988.
Zuki dalam kenyataan hari ini berkata Yusof berpengalaman luas dalam pelbagai bidang termasuk kewangan, pelaburan strategik dan ekonomi.
Beliau pernah berkhidmat sebagai timbalan ketua pengarah (transformasi dan pemodenan pengurusan) Mampu, serta pernah menjawat setiausaha bahagian (pelaburan strategik) di Kementerian Kewangan.
“Semoga dengan pelantikan ini, kecekapan dan keberkesanan Mampu melaksanakan transformasi kerajaan digital ke arah penawaran perkhidmatan yang berpaksikan rakyat diperkasakan,” kata Zuki.
Yusof menggantikan Mazlan Yusoff yang dilantik sebagai ketua setiausaha Kementerian Pengajian Tinggi berkuatkuasa pada 23 Mac.