
Tidak dinafikan terkurung dalam rumah lebih sebulan mampu membuatkan sesiapa sahaja tidak senang duduk, gelisah, stress, malah mungkin menyebabkan kemurungan.
Namun itulah yang perlu dilakukan hampir semua negara di seluruh dunia ketika ini dalam usaha memutuskan rantaian pandemik Covid-19.
Sudah pasti semua orang seluruh dunia ternanti-nantikan saat tarikh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) atau “lockdown” berakhir agar dapat bergerak bebas semula.
Namun semua perlu sedar situasi yang bakal dilalui selepas ini mungkin sedikit berbeza berbanding kebiasaannya.
Menurut Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Tedros Adhanom Ghebreyesus, menamatkan arahan “lockdown” berikutan wabak Covid-19 bukanlah bermakna orang ramai bebas seperti sebelum ini.
Tambahnya pengakhiran kepada lockdown di beberapa negara hanyalah permulaan kepada fasa baru dimana orang ramai perlu membiasakan diri dengan “new normal”.
Dalam erti kata lain, orang ramai masih perlu berhati-hati dalam memastikan wabak ini tidak lagi menular sehingga pandemik Covid-19 pulih sepenuhnya.
WHO juga turut mengambil peluang berterima kasih kepada kerajaan Arab Saudi yang menyumbangkan dana sebanyak RM2.2 bilion dalam membantu membanteras penyebaran wabak Covid-19.
Dan di saat Malaysia menunjukkan perkembangan yang positif dengan penurunan kes setiap hari namun pihak UN Economic Commission for Africa (Uneca) menjangkakan sekurang-kurangnya 300,000 angka korban bakal berlaku di 54 negara di benua Afrika berikutan wabak Covid-19.
Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]