110 ditahan pukul 3 lelaki disalah anggap pencuri hingga maut di India

110 ditahan pukul 3 lelaki disalah anggap pencuri hingga maut di India

Kejadian itu berlaku di daerah Palghar minggu lalu ketika perintah berkurung dikuatkuasakan akibat koronavirus.

Tangkap layar daripada klip video tular menunjukkan orang ramai menggunakan kayu untuk memukul seorang daripada 3 lelaki yang dianggap pencuri.
MUMBAI:
Polis menahan 110 suspek yang disyaki memukul 3 lelaki sehingga maut di Maharashtra, barat India.

Rakaman video serangan itu – yang berlaku di daerah Palghar minggu lalu ketika perintah berkurung dikuatkuasakan akibat koronavirus – tersebar di media sosial.

Akhbar tempatan melaporkan 3 lelaki yang dalam perjalanan menghadiri sebuah pengebumian itu diheret keluar dari sebuah kereta dan dipukul sehingga mati oleh orang ramai yang menyalah anggap mereka sebagai pencuri.

Polis berkata, kumpulan suspek itu, termasuk 9 pemuda ditahan pada Ahad dan Isnin lalu.

Ketua Menteri Maharashtra, Uddhav Thackeray berkata pihak berkuasa akan mengambil tindakan tegas dan masih mengesan pihak yang menyebarkan khabar angin serta kebencian atas talian.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.