Susulan menteri tersilap cakap, Kit Siang cadang KP Kesihatan ambil alih

Susulan menteri tersilap cakap, Kit Siang cadang KP Kesihatan ambil alih

Adham dikritik hebat di media sosial kerana mendakwa beliau berurusan dengan 500 negara berhubung krisis Covid-19.

Pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang membidas penjelasan Menteri Kesihatan Dr Adham Baba berhubung satu sidang video.
PETALING JAYA:
Lim Kit Siang membidas kenyataan Menteri Kesihatan Dr Adham Baba berhubung satu sidang video mengenai wabak Covid-19, sekali gus menggesa menteri itu digantikan dengan Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.

Lim, yang merupakan penasihat DAP, membuat cadangan spontan itu petang hari dalam respons terhadap penjelasan Adham berhubung sidang video itu.

Adham dikritik hebat di media sosial kerana mendakwa beliau berurusan dengan 500 negara berhubung krisis Covid-19.

Lim berkata, Adham memberi penjelasan “yang sukar dipercayai” bahawa beliau tersilap berkata 500 negara, sedangkan beliau bermaksud untuk menyebut 500 peserta dari seluruh dunia.

Lim meminta bukti sidang video itu atau Adham meletak jawatan, selain menyindir bahawa “seluruh dunia akan memberi sokongan” sekiranya Noor Hisham dilantik sebagai menteri.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.