
Terdapat kebimbangan pengganti Zulkifli Mohamad Al Bakri, yang melepaskan jawatan itu untuk menyertai Kabinet sebagai menteri hal ehwal agama, mungkin “seseorang yang mewakili nada Islam yang regresif dan restriktif”, kata sumber yang tahu tentang pelantikan seperti itu kepada FMT.
Sumber juga menambah walaupun Zulkifli membawa “pandangan yang ada corak Salafi”, beliau boleh menerima kepelbagaian dalam pemikiran Islam semasa menjadi mufti, dan jarang menghukum pemikiran yang berbeza itu.
“Tetapi penggantinya mungkin tidak diplomatik sepertinya apabila mengemukakan sesuatu pandangan terutama ajaran dan fahaman yang sering dikaitkan dengan Wahabisme,” kata sumber itu.
Difahamkan kebanyakan nama calon yang disenarai pendekkan adalah alumni Universiti Islam Madinah, sebuah institusi yang ditaja kerajaan saudi untuk mempromosikan doktrin Wahabi rasminya, dan sering dilihat sebagai pesaing kepada Al Azhar di Mesir, institusi kersarjanaan Islam Sunni tradisional.
Calon itu mesti mendapat persetujuan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdullah, yang merupakan ketua Islam di Wilayah Persekutuan.
Sumber kata ada satu nama mempunyai kaitan dengan PAS, seorang ahli akademik dari Kelantan dan juga seorang alumni Madinah, yang dilihat sebagai calon yang mungkin mengisi jawatan mufti persekutuan.
Namun orang dalam yang dihubungi FMT berkata pimpinan kanan parti Islam itu tidak selesa dengan “kecenderungan Wahabi” orang itu, memetik seorang sumber.
“Pandangan keagamaannya tidak sebati dengan pendirian tradisional yang disukai Abdul Hadi Awang,” kata sumber itu kepada FMT, merujuk kepada presiden PAS, yang kini menggalas jawatan duta khas kerajaan ke Timur Tengah.
“Dia dilihat lebih mudah terima peranan dominan Saudi di dunia Islam, tidak seperti Hadi yang kritis terhadap dasar Riyadh.”
Wahabisme, yang kadang-kadang disamakan dengan Salafisme, berasal-usul daripada ajaran Muhammad Abd Wahhab pada kurun ke-17, yang mahu menghentikan amalan yang dianggap “tidak Islami” dan mengetuai kempen kembali ke versi Islam yang lebih tegas.
Gerakan itu berpakat dengan keluarga Saud untuk menubuhkan Arab Saudi, dan sejak itu fahaman tersebut dominan dalam institusi Islam Saudi.
Idea Wahabi menjadi islam kepada sekatan di Arab Saudi seperti larangan wanita memandu dan pelancong wanita harus ditemani ahli keluarga lelaki, namun sekatan itu dilonggarkan mutakhir ini walaupun dengan penentangan daripada ulama Saudi yang berpengaruh.
Di Malaysia, beberapa watak dan kumpulan dituduh menyebarkan doktrin Wahabi.
Pemimpin seperti itu berurusan rapat dengan Putrajaya semasa pentadbiran Najib Razak, dengan beberapa orang diberi jawatan penasihat di Pejabat Perdana Menteri.
Sejauh mana pengaruh lobi Wahabi di Putrajay boleh disaksikan apabila Malaysia menyokong kempen ketenteraan Saudi di Yaman, dan dasar pihak berkuasa Islam terhadap orang Islam berfahaman Syiah, musuh ketat Wahabi di Timur Tengah.
Pakatan itu terlerai apabila Najib tumbang, dan Dr Mahathir Mohamad dilihat menjauhkan dirinya daripada usaha Riyadh untuk mengetuai negara-negara Islam dengan menganjurkan Sidang Kemuncak KL lewat tahun lepas.
Sementara itu, beberapa nama yang dikatakan calon menggantikan Zulkifli termasuk Fathul Bari Mat Jahya dari Umno, yang mengetuai sekumpulan graduan pengajian Islam yang amat pro-Saudi, dan Mohd Asri Zainul Abidin, yang pernah cuba menolak dakwaan beliau mempromosikan Wahabisme.
Namun seorang sumber menepisnya sebagai spekulasi, mengatakan tidak bijak sekiranya pihak berkuasa dilihat “mengitar semula” calon-calon dalam kalangan mereka yang dikaitkan dengan pimpinan lepas.
“Kebimbangan terbesar adalah mufti baru itu tidak mampu menzahirkan semangat Sunni Islam, yang umumnya tidak menyukai Wahabisme dan Salafisme,” kata sumber itu.