
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memaklumkan, sekurang-kurangnya 70 vaksin Covid-19 sedang dibangunkan oleh para saintis ketika ini.
3 daripada 70 vaksin ini sudah diuji pada manusia seperti yang dilaporkan WHO.
Wabak Covid-19 yang semakin merebak pantas ini menyebabkan para saintis mempercepatkan kajian mereka untuk menghasilkan vaksin.
Angka kes jangkitan Covid-19 kini telah melepasi 1.9 juta kes dan telah meragut hampir 120,000 nyawa di seluruh dunia.
3 vaksin yang diuji itu, salah satunya di dalam proses klinikal yang diusahakan dengan kerjasama CanSino Biologics Hong Kong dengan Institut Bioteknologi Beijing.
Untuk makluman, percubaan bagi vaksin ini sudah memasuki fasa yang kedua.
Manakala 2 lagi vaksin dibangunkan di dua institusi berbeza dari Amerika Syarikat iaitu Moderna dan Inovio Pharmaceuticals di mana kedua-dua vaksin ini juga sudah diuji pada manusia.
Beberapa syarikat lain turut menjalankan kajian bagi penghasilan vaksin Covid-19 bagi membantu mempercepatkan prosesnya.
Syarikat gergasi seperti Pfizer dan Sanofi juga mempunyai beberapa potensi vaksin dan sekarang sudah memasuki peringkat pra-klinikal.
Malah, kerajaan China juga meluluskan ujian pada manusia yang ingin dilakukan oleh CanSino baru-baru ini.
Amerika Syarikat juga memberikan kelulusan pada Mac lalu kepada Moderna yang berpusat di Cambridge, Massachusetts.
Walaupun institusi ini belum pernah menghasilkan vaksin sebelum ini, kelulusan diberikan untuk ianya diuji pada manusia.
Proses penghasilan vaksin kebiasaannya merupakan proses yang sukar, memerlukan kos yang tinggi dan mengambil masa bertahun-tahun untuk memastikan ianya selamat dan berkesan.
Pandemik Covid-19 ini merupakan koronavirus yang ketiga tercetus pada abad ke 21, manakala 2 sebelum ini iaitu SARS dan MERS masih belum diluluskan vaksinnya.
Vaksin baru juga perlu diuji di dalam makmal, kemudian pada haiwan dan sekumpulan kecil manusia untuk memastikan ia selamat digunakan secara meluas.
Bagaimanapun pakar turut meluahkan kebimbangan mereka apabila langkah-langkah ujian vaksin tidak dilakukan kali ini yang boleh membawa kepada risiko “immune enhancement”.
Ini bermaksud vaksin boleh melemahkan tindak balas seseorang terhadap virus.
Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]