Tidak beza bangsa… Pelakon Zul Yahya sumbang bantuan bekalan makanan

Tidak beza bangsa… Pelakon Zul Yahya sumbang bantuan bekalan makanan

Melalui posting Instagram Zul Yahya atau nama sebenar Zulkifli, dia menyumbang bekalan makanan kepada golongan bukan Islam yang terjejas kerana PKP ini.

Posting Zul Yahya menunjukkan sumbangan yang diberikan kepada mereka yang memerlukan. (Gambar Instagram)

Hari ini bermula Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) fasa 3.

Sejak 28 hari lalu iaitu ketika PKP fasa 1 dan 2 tidak dinafikan ramai yang hilang sumber pendapatan kerana tidak boleh keluar untuk bekerja.

Dan sudah pasti bekalan makanan mereka juga semakin berkurangan.

Sehubungan itu bagi individu yang berkemampuan sudah pasti inilah masanya untuk mereka menabur bakti membantu golongan yang tidak berkemampuan dek kerana tidak dapat menjana pendapatan bagi meneruskan kelangsungan hidup.

Malah bantuan yang dihulurkan tidak mengira bangsa atau agama seseorang itu.

Dan salah seorang yang prihatin dengan golongan ini ialah pelakon Zul Yahya.

Melalui posting Instagram Zul Yahya atau nama sebenar Zulkifli, dia menyumbang bekalan makanan kepada golongan bukan Islam yang terjejas ekoran PKP ini.

Tidak mengira tua atau muda bantuan bahan makanan asas tetap diberikan. (Gambar Instagram)

Dia menyumbang bekalan makanan seperti beras, telur dan beberapa lagi bahan asas yang lain kepada golongan berkenaan

“Hati orang beriman perlu sentiasa terisi dengan nilai kasih sayang dan berusaha belajar mempunyai sikap keprihatinan terhadap seluruh manusia.

“Hidup dalam sebuah masyarakat yang memiliki pelbagai ragam, pastinya kita perlu mengurusnya dengan baik.

“Kita tidak boleh hidup secara sendirian tanpa mengambil kira kepentingan orang lain,” katanya menerusi posting di Instagram.

Rata-rata netizen terharu dengan sikap keprihatinan pelakon itu terhadap orang lain walaupun berlainan bangsa dan agama.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.