Macam-macam… Remaja seludup kawan dalam beg baju sebab bosan

Macam-macam… Remaja seludup kawan dalam beg baju sebab bosan

Penduduk curiga selepas melihat beg pakaian itu bergerak-gerak ketika remaja terbabit cuba membawanya ke dalam bangunan.

Penduduk curiga selepas melihat beg pakaian itu bergerak-gerak ketika remaja terbabit cuba membawanya ke dalam bangunan. (Gambar Pixabay)

Gara-gara bosan hidup berseorangan dek kerana perintah berkurung yang dilaksanakan di India, seorang remaja dilaporkan menyeludup rakannya dalam sebuah beg pakaian.

Remaja berusia 17 tahun itu dilaporkan nekad bertindak sedemikian kerana bosan berkurung sendirian di dalam rumah di bandar Mangalore pada Ahad.

Perintah berkurung yang dikuatkuasakan di India tidak membenarkan sesiapa membawa masuk orang luar di bangunan kediaman berkenaan bagi mengelakkan penularan jangkitan Covid-19.

Remaja berkenaan juga dilaporkan bergegas menaiki skuter pada jam 2 pagi sebelum pulang membawa sebuah beg.

Penduduk yang mulai curiga segera menghubungi pengawal keselamatan selepas mereka melihat beg pakaian itu bergerak-gerak ketika remaja terbabit cuba membawanya ke dalam bangunan.

Selepas diperiksa, seorang rakan remaja ditemui dalam beg berkenaan.

Remaja dan rakannya itu kemudian ditahan polis untuk diambil keterangan sebelum dilepaskan kerana masih belajar.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.