
Ketua Polis Daerah Timur Laut, Soffian Santong berkata 13 lelaki pekerja swasta berumur 19 hingga 26 tahun itu ditahan pada kira-kira 2 pagi selepas polis menerima maklumat terdapat parti liar diadakan di unit rumah tersebut.
“Siasatan mendapati seorang daripada mereka menyewa apartmen itu dengan harga RM150 semalam untuk tujuan menyambut hari jadinya sebelum dia memanggil 12 lagi rakannya yang memang tinggal di sekitar negeri ini untuk meraikannya.
“Semasa serbuan itu semua mereka sedang berhibur dengan muzik yang kuat dan terdapat botol-botol arak di apartmen tersebut,” katanya, hari ini.
Beliau berkata semua mereka ditahan dan direman untuk siasatan mengikut Seksyen 269 Kanun Keseksaan dan Peraturan 11(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020.