
Menteri Besar, Azlan Man berkata peniaga perlu mematuhi arahan ditetapkan sepanjang PKP, iaitu menjual makanan dibungkus atau menggunakan khidmat penghantaran ke rumah.

Peniaga dan pembeli perlu mematuhi arahan penjarakan sosial dan tidak berkumpul, katanya kepada pemberita semalam.
Terdahulu, Azlan yang mewakili kerajaan Perlis menyampaikan cek bernilai RM1 juta sebagai bayaran “one-off” kepada setiap petugas barisan depan daripada 14 agensi di negeri itu.
Antara agensi berkenaan ialah Kementerian Kesihatan (KKM), polis, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Rejimen 504 Askar Wataniah, Jabatan Pengangkutan Jalan dan Jabatan Penerangan Perlis.
Dalam perkembangan lain, Azlan memaklumkan persidangan Dewan Undangan Negeri Perlis yang dijadual berlangsung esok dan lusa (14 dan 15 April) ditangguhkan ke tarikh yang akan dimaklumkan kelak.