Sarawak peruntuk RM2.3 juta beli balik lebihan hasil pertanian, ikan

Sarawak peruntuk RM2.3 juta beli balik lebihan hasil pertanian, ikan

Menteri muda pertanian Abdul Rahman Ismail berkata, RM1,7 juta diperuntukkan kepada petani, sementara bakinya untuk nelayan.

Kerajaan Sarawak membeli 39 tan buah-buahan dan sayur-sayuran serta 485kg ikan hujung minggu lepas.
KUCHING:
Kerajaan negeri Sarawak memperuntukkan RM2.3 juta untuk membeli balik lebihan hasil pertanian dan ikan daripada petani dan nelayan bagi meringankan beban mereka sepanjang tempoh perintah kawalan Covid-19 di seluruh negara.

Menteri muda pertanian Abdul Rahman Ismail berkata, RM1,7 juta diperuntukkan kepada petani, sementara bakinya untuk nelayan.

Dalam kenyataan hari ini beliau berkata, kementerian itu akan bekerjasama dengan beberapa pihak, termasuk pertubuhan peladang kawasan dan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) untuk membeli balik lebihan hasil pertanian yang tidak dapat dijual ke pasar.

Sabtu lepas, 39 tan buah-buhan dan sayur-sayuran bernilai RM90,000 dibeli daripada 30 petani di seluruh negeri itu.

Selain itu katanya, kerajaan negeri juga akan membantu persatuan peladang memasarkan hasil pertanian secara atas talian.

Rahman berkata, persatuan nelayan kawasan yang berperanan sebagai pemborong akan membeli hasil tangkapan daripada nelayan dan memasarkannya secara atas talian atau menjual secara bergerak di bawah konsep “Fish on Wheels”.

Setakat semalam katanya, 485kg ikan bernilai RM6,300 dibeli daripada persatuan nelayan kawasan di seluruh negeri itu.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.