
Pengorbanan “frontliners” di saat berperang dengan wabak Covid-19 sememangnya satu jasa yang tidak terbalas.
Keperitan dirasai mereka sehingga menyebabkan diri sendiri luka dan tidak terurus tidak sesekali dijadikan alasan untuk lemah semangat.
Sebaliknya mereka terus komited dengan melemparkan senyuman bagi membantu pesakit melawan Covid-19.
Menerusi perkongsian Chris Bennett, seorang doktor dari Boston melalui laman sosial Twitter miliknya membuatkan warganet terharu.
Beliau mengirimkan satu gambar dirinya memaparkan keadaan wajahnya yang luka dan lebam dikatakan akibat pemakaian topeng terlalu lama.
“Topeng muka meninggalkan kesan (luka) tapi sentiasa ada sebab untuk tersenyum,” katanya.
Chris Bennett juga menarik perhatian warganet sebelum ini apabila mengirim gambarnya yang sedang bertugas dan hari tersebut merupakan hari lahirnya.
“Saya mungkin penat dan wajah saya mungkin lebam tetapi di bawah (memakai) PPE saya tersenyum. Hari ini adalah hari jadi saya!” tulisnya pada kiriman berkenaan.
Netizen rata-ratanya mengucapkan terima kasih kepada beliau atas pengorbanan beliau kepada masyarakat dan negara.
Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]