Mayat tergantung di pokok di Pulau Gaya dijangkiti Covid-19

Mayat tergantung di pokok di Pulau Gaya dijangkiti Covid-19

Pendatang haram berusia 26 tahun itu membunuh diri di pulau itu pada 6 April.

Anggota polis mengangkat mayat warga asing yang didapati dijangkiti Covid-19. (Gambar Polis Sabah)
KOTA KINABALU:
Mayat lelaki yang membunuh diri di Pulau Gaya awal bulan ini didapati mempunyai Covid-19 dan mendedahkan virus maut itu terhadap 12 anggota polis yang mengendalikan mayat tersebut.

Ketua Polis Kota Kinabalu Habibi Majinji berkata pendatang haram berusia 26 tahun itu membunuh diri di pulau itu pada 6 April.

Badannya ditemui tergantung di sebatang pokok berhampiran hutan.

Bedah siasat mengesahkan dia positif Covid-19.

“Enam pegawai polis yang membawa jenazah itu dan mempunyai kontak langsung, dan 6 pegawai lain terlibat ialah jurukamera, pemandu dan pemilik bot diarahkan menjalani kuarantin rumah dengan segera.

“Jika mana-mana daripada 6 pegawai itu didapati positif, kami mungkin terpaksa menutup balai polis Pulau Gaya,” katanya kepada pemberita hari ini.

Habibi berkata setakat ini, pemeriksaan kesihatan terhadap anggota polis menunjukkan keputusan negatif.

Beliau berkata anggota polis hanya dilengkapi topeng dan sarung tangan ketika mereka mengendalikan mayat tersebut mengikut prosedur operasi standard.

Pulau Gaya mengalami perintah kawalan pergerakan sejak 25 Mac, dengan kira-kira 1,600 penduduk di pulau itu disaring untuk virus tersebut.

Pada 31 Mac, Jabatan Kesihatan negeri mengesahkan 3 kes Covid-19 di pulau itu.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.