
Bantuan itu berjumlah RM13 juta adalah sebahagian daripada pakej rangsangan ekonomi yang diumumkan Ketua Menteri Shafie Apdasl pada 25 Mac lepas bagi mengurangkan kesan wabak Covid-19.
Menteri Pertanian dan Industri Makanan negeri Junz Wong menggesa penoreh getah dan pekebun kecil yang berdaftar dengan Lembaga Industri Getah Sabah supaya mengemas kini maklumat peribadi mereka melalui aplikasi yang disediakan oleh lembaga itu dan boleh diakses di: ligs.gov.my/semakan.
Beliau berkata, ini juga akan memastikan mereka mendapat manfaat daripada skim bantuan lain seperti Bantuan Musim Tengkujuh dan Insensif Pengeluaran Getah.
Wong berkata, lembaga itu juga tidak melantik mana-mana ejen atau individu untuk mendaftarkan pekebun kecil dan penoreh getah.
“Justeru, mereka perlu mengakses laman web berkenaan untuk memeriksa dan mengemas kini maklumat peribadi masing-masing,” katanya.