
Manakala Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar turut berkenan menyumbangkan 42 alat bantuan pernafasan untuk kegunaan hospital di seluruh Johor.
Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah menerusi 2 catatan Facebook memaklumkan perkara itu serta menzahirkan penghargaan atas sumbangan yang diberikan.
“Kementerian Kesihatan menjunjung kasih mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Raja Permaisuri Agong atas sumbangan itu.
“Sesungguhnya ia pencetus dorongan semangat yang lebih jitu buat petugas kesihatan agar terus berjuang dalam usaha menyelamatkan negara,” menurut catatan berkenaan.