
Tak sangka di saat semua dalam kebimbangan berdepan penularan wabak Covid-19, ada pula pihak tertentu sengaja mengambil kesempatan.
Sememangnya tidak dapat dinafikan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berlangsung, pelbagai bantuan yang dihulurkan oleh kerajaan termasuklah daripada badan bukan kerajaan (NGO).
Bantuan yang di hulur bertujuan untuk membantu golongan yang tidak berkemampuan untuk meneruskan kehidupan seharian mereka sepanjang PKP.
Tetapi, ada juga pihak yang tidak berhati perut yang sanggup mempergunakan kesusahan orang lain demi kepentingan hidup sendiri.
Seperti kes yang dikongsi oleh Auni Ameera di laman facebooknya, dia mendedahkan taktik terbaru pihak tidak bertanggungjawab yang mengambil kesempatan terhadap ibu bapa yang mempunyai anak kecil, dalam erti kata lain pelaku pedofilia.
Modus operandi dilakukan dengan menghantar chat


Pelaku pedofilia ini menggunakan akaun palsu dan juga gambar palsu sebagai taktik untuk mendekati ibu atau mereka yang memerlukan bantuan.
Menggunakan nama Yanalee, dia menghantar chat perbualan dengan menawarkan bantuan lampin pakai buang bagi mereka yang layak menerima.
Selain itu juga, dia menjanjikan wang bernilai RM80 tetapi dengan syarat harus menghantar gambar kemaluan anak kepadanya.
Selain itu, dia turut menyatakan jika kemaluan anak kelihatan merah juga layak mendapat bantuan RM80 beserta cream.
Pelaku tersebut juga mengaku dia salah satu ahli NGO penjagaan kulit yang memberikan bantuan Covid-19 kepada keluarga susah.
Tambahnya lagi, bantuan itu diberikan kepada anak yang berumur 6 tahun ke bawah.
Perkara ini juga mencetuskan kemarahan netizen yang meninggalkan komen amarah mereka kepada pelaku tersebut.
Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]