
Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akan dilanjutkan sehingga 28 April 2020.
Disebabkan perintah ini dilanjutkan, kerajaan memberi kelonggaran 9 industri untuk beroperasi sepanjang tempoh PKP termasuklah perkhidmatan gunting rambut dan dobi.
Meskipun berita ini menggembirakan ramai pihak, namum timbul pula persoalan lain.
Adakah kebenaran beberapa sektor ini untuk beroperasi semula tidak mendatangkan kesan buruk kepada rakyat Malaysia?
Mungkin kejadian ini boleh dijadikan iktibar tukang gunting rambut dan pelanggan yang berkemungkinan mempunyai risiko tinggi untuk dijangkiti Covid-19.
Eugene Thompson, 46 seorang tukang gunting rambut veteran di Mississippi, Amerika Syarikat meninggal dunia selepas disahkan positif Covid-19.
Thompson merupakan pemilik kedai gunting rambut Taper Nation mengesahkan beliau jatuh sakit pada 17 Mac yang lalu menerusi akaun Facebook miliknya.
Dalam perkongsian tersebut, beliau bekata akan bercuti selama seminggu untuk berehat dan mahu pelanggannya untuk kuarantin diri mereka dan menjauhi tempat yang sesak.
Perkongsian tersebut dibuat selepas beliau mengumumkan akan hanya menerima pelanggan yang terpilih sahaja setiap hari.
Bermakna, sebelum Thompson jatuh sakit, kedai gunting miliknya beroperasi seperti biasa dan menerima pelanggan tanpa saringan kesihatan (atau kemungkinan besar tanpa perlindungan diri seperti topeng).

Thompson bagaimanapun tidak pulih daripada sakitnya dan meninggal dunia seminggu sebelum ulang tahun kelahirannya yang ke-46.
Sehubungan itu, setiap pelanggan yang menggunting rambut di kedai Thompson dinasihatkan untuk membuat saringan Covid-19.
Ini termasuklah semua yang menghadiri pertandingan gunting rambut yang turut dihadiri oleh Thompson dan pekerjanya yang lain beberapa minggu lalu.
Setakat 10 April 2020, lebih 500,000 penduduk Amerika Syarikat telah dijangkiti COVID-19 dan bilangan mereka yang dijangkiti juga naik secara drastik setiap hari.
Sementara itu dalam satu lagi kejadian, di Fukuoka, Jepun 5 orang dilaporkan dijangkiti virus Covid-19 selepas berkunjung ke sebuah salon.
Di Bandar Buzen, tiga 3 orang dilaporkan dijangkiti virus yang sama pada 9 April 2020, termasuk seorang kanak-kanak berumur 1 tahun dan wanita yang berumur dalam lingkungan 40-an.
Kedua-dua mereka ini mempunyai rekod singgah ke salon tersebut.
Kementerian Perdagangan Dan Industri (MITI) menjelaskan setiap syarikat di dalam sektor tambahan yang mahu beroperasi perlu membuat permohonan terlebih dahulu dan permohonan akan dibuka pada 13 April 2020, 9 pagi di miti.gov.my.
Namun sebarang servis tidak dibenarkan dibuka untuk kawasan yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).
Dan jika anda mahu ke kedai gunting rambut, pastikan anda tidak lupa untuk memakai topeng dan bersihkan diri selepas pulang ke rumah.
Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]