Lelaki AS tumbuk ibu kerana sembunyikan tisu tandas

Lelaki AS tumbuk ibu kerana sembunyikan tisu tandas

Wanita itu menyembunyikan tisu tandas kerana terlalu banyak penggunaannya ketika produk itu kekurangan bekalan akibat pandemik Covid-19.

LOS ANGELES:
Seorang lelaki California ditahan minggu ini selepas didakwa menumbuk ibunya – yang kelihatan menyembunyikan tisu tandas keluarga kerana penggunaannya yang berlebihan.

Polis dipanggil ke rumah keluarga itu di Saugus, utara Los Angeles, pada jam 3 pagi Isnin susulan pertikaian di mana tisu disorokkan, kata Shirley Miller, jurucakap Stesen Sheriff Santa Clarita Valley kepada AFP.

Pergaduhan antara Adrian Yan dan ibunya meningkat dan dia menumbuk ibunya di muka, kata Miller. Dia ditahan atas tuduhan menyerang, tambahnya.

Wanita itu berkata dia menyembunyikan tisu tandas daripada anaknya yang berumur 26 tahun itu kerana terlalu banyak menggunakannya ketika produk itu kekurangan bekalan akibat pandemik Covid-19.

Miller berkata perintah berkurung yang dikenakan di seluruh negara akibat virus itu membawa kepada peningkatan insiden keganasan keluarga.

“Ketegangan berleluasa dalam kebanyakan isi rumah kerana arahan duduk di rumah dan ini dijangkakan,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.