Covid-19: New Zealand catat kematian ke-2

Covid-19: New Zealand catat kematian ke-2

New Zealand mengenakan sekatan keluar-masuk selama 4 minggu, bermula 25 Mac.

New Zealand mencatatkan 23 kes jangkitan baru dan 21 kes disyaki Covid-19, menjadikan jumlah keseluruhan 1,283. (Gambar AP)
WELLINGTON:
New Zealand melaporkan kes kematian kedua akibat Covid-19, kata Kementerian Kesihatan negara itu pada Jumaat.

Menurut agensi berita Xinhua, New Zealand mencatatkan 23 kes jangkitan baru dan 21 kes disyaki Covid-19, menjadikan jumlah keseluruhan 1,283.

Seramai 373 pesakit lagi pulih dan lebih 46,000 ujian saringan kesihatan dilakukan setakat ini, kata ketua pengarah kesihatan Ashley Bloomfield pada sidang akhbar.

New Zealand mengenakan sekatan keluar-masuk selama 4 minggu, bermula 25 Mac.

Bloomfield berkata, Kabinet akan memutuskan langkah seterusnya 2 hari sebelum tempoh sekatan berakhir.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.