Baiknya… Atas rasa bertanggungjawab selepas merempuh ibu tunggal ‘dihadiahkan’ Perodua Myvi

Baiknya… Atas rasa bertanggungjawab selepas merempuh ibu tunggal ‘dihadiahkan’ Perodua Myvi

Pemilik kereta Lamborghini yang langgar kereta Perodua Viva sehingga remuk teruk membuatkan ibu tunggal itu dihadiahkan sebuah kereta Myvi sebagai ganti rugi.

Ibu tunggal bernasib baik menerima kereta Perodua Myvi sebagai ganti rugi selepas keretanya remuk dilanggar Lamborghini. (Gambar Facebook)

Kemalangan dapat dielakkan jika kita sentiasa berhati-hati ketika memandu di jalan raya.

Namun ada masanya ia sukar untuk dielakkan walaupun semua langkah keselamatan diutamakan.

Dan setiap kemalangan berpotensi menyebabkan kerosakan pada kenderaan, kecederaan pada diri sendiri malah boleh menyebabkan kehilangan nyawa.

Menerusi satu rakaman yang berlegar di media sosial, satu kemalangan melibatkan sebuah kereta mewah jenis “sport” dan sebuah kereta Perodua Viva berlaku di sebuah kawasan perumahan.

Kejadian tersebut dipercayai berlaku apabila kereta Viva seperti hendak belok ke satu simpang.

Manakala kereta Lamborghini yang berada di belakang kereta Viva ketika itu dipercayai tidak sempat untuk memperlahankan kenderaannya lalu merempuh kereta Viva tersebut.

Selepas rempuhan itu, kereta Viva tersebut terpusing dan terbabas sehingga masuk ke lorong arah bertentangan.

Mujur kereta yang sedang melalui jalan tersebut sempat memberhentikan kenderaan daripada melanggar kereta Viva itu.

Menerusi posting Facebook, Azman Nor Nor mendakwa kedua-dua pemandu kereta tersebut tidak mengalami kecederaan yang serius.

Bagaimanapun difahamkan pemilik kereta Viva itu merupakan seorang ibu tunggal, yang mengusahakan servis penghantaran makanan siap masak di rumah ketika PKP.

Ketika kejadian, adiknya yang memandu ketika itu sedang dalam perjalanan mengambil bekalan kotak makanan untuk perniagaan mereka.

Kemalangan itu menyebabkan adik-beradik itu hilang kenderaan untuk penghantaraan bagi perniagaan makanan mereka.

Tambahnya Azman menerusi postingnya, pemandu kereta Lamborghini tersebut yang merasa bertanggungjawab akan kejadian itu bertindak “menghadiahkan” ibu tunggal tersebut sebuah kereta Perodua Myvi sebagai ganti rugi bagi memastikan wanita itu tidak perlu menghabiskan sumber pendapatannya untuk membaiki keretanya.

Harapnya urusan berkaitan pemeriksaan dan pendaftaran kenderaan terbabit dapat diselesaikan secepat mungkin selepas PKP tamat.

Mujur ada kisah seperti ini yang membuatkan kita kembali merasa adanya harapan untuk kita semua terus berada dalam kebaikan.

Kepada yang memandu, tidak kira bila anda keluar dan ke mana pun tujuan anda semasa PKP atau pun sebaliknya selalulah beringat untuk berhemah di jalanraya.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.