Pekerja warga asing diabai majikan terima bantuan

Pekerja warga asing diabai majikan terima bantuan

Dermawan, organisasi bukan bermotifkan keuntungan serta badan keagamaan mengambil perhatian terhadap nasib mereka susulan laporan FMT minggu lalu.

Pekerja warga asing memunggah sumbangan bekalan makanan yang diterima daripada penderma.
PENAMPANG:
Barangan makanan disalurkan kepada 28 keluarga pendatang asing tanpa izin yang mendakwa mereka diabaikan majikan.

Dermawan, organisasi bukan bermotifkan keuntungan serta badan keagamaan mengambil perhatian terhadap nasib mereka susulan laporan FMT minggu lalu dan datang membantu mereka.

Keluarga terbabit yang tinggal di tapak pembinaan projek kediaman mewah di sini, menerima stok bekalan untuk sekurang-kurangnya 5 hari yang terdiri daripada beras, kopi, gula, minyak masak, susu tepung dan barang-barang lain.

Salah seorang penerima, Abdul Rizuan, berkata dia bersyukur atas sumbangan tersebut.

Keadaan rumah yang didiami pekerja warga asing di Penampang.

“Stok kami yang tinggal akan digunakan kemudian hari. Kami gembira kerana kami mempunyai bekalan yang cukup untuk bertahan selama beberapa hari lagi,” katanya.

Keluarga yang terdiri daripada 116 orang hidup dalam serba kekurangan sejak pagi Isnin selepas cubaan mereka menghubungi majikan menemui kegagalan.

Mereka takut meninggalkan kawasan itu bukan sahaja kerana perintah kawalan pergerakan tetapi juga kerana mereka tidak mempunyai dokumen pengenalan, yang boleh menyebabkan mereka ditangkap dan dihantar pulang.

Status mereka sebagai pendatang tanpa izin juga tidak melayakkan mereka mendapat bantuan kerajaan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.