Pilu… Remaja 13 tahun mati sendirian, keluarga saksi pengebumian menerusi siaran langsung

Pilu… Remaja 13 tahun mati sendirian, keluarga saksi pengebumian menerusi siaran langsung

Solat jenazah di tanah perkuburan dengan jarakkan diri antara satu sama lain selain siaran secara langsung pengebumian buat ahli keluarga yang dilarang hadir.

Solat jenazah Ismail Mohamed dilakukan dengan jarak 2 meter setiap orang.

Isnin lalu, seorang remaja lelaki berusia 13 tahun bernama Ismail Mohamed Abdul Wahab dilapor meninggal dunia akibat jangkitan Covid-19 di King’s College Hospital, London.

Mangsa dikatakan tidak mempunyai sebarang sejarah penyakit lain, namun meninggal dunia sehari selepas dimasukkan ke hospital berkenaan kerana mengalami kesukaran untuk bernafas.

Apa yang meruntun hati, usianya yang terlalu muda terpaksa berdepan maut yang tidak disangka-sangka selepas seorang diri berada dalam wad isolasi, tanpa ditemani ibu dan adik beradik lain di sisi.

Namun apa yang lebih menyedihkan ialah gambar pengebumian Ismail yang tular di media sosial, turut dikongsikan seorang pengguna Twitter @MohammadMohaaa yang memuat naik beberapa keping gambar beserta caption“Ismail’s lonely funeral”.

Keluarga remaja 13 tahun menyaksikan pengebumian secara siaran langsung dan dikongsi menerusi Twitter.

Gambar yang dikongsi menunjukkan jemaah menunaikan solat jenazah dengan menjarakkan diri antara satu sama lain.

Menurut laporan BBC, tiada seorang pun ahli keluarga Ismail dibenar turut serta dalam proses solat jenazah dan pengebumian tersebut di Eternal Gardens Muslim Burial Ground.

Ia juga berikutan 2 orang adik beradiknya mula menunjukkan gejala jangkitan.

Namun, kekecewaan itu mungkin sedikit terubat selepas pihak yang terlibat dengan urusan pengebumian menyediakan siaran langsung khas buat keluarga yang ingin menyaksikan perjalanan terakhir Ismail.

Difahamkan, Ismail meninggal dunia selepas mengalami “cardiac arrest”.

Dalam satu kenyataan khas yang dikeluarkan ahli keluarganya, Ismail disifatkan sebagai seorang anak lelaki yang penyayang.

Gambar pengebumian Ismail ini mendapat hampir 6,000 retweet dan rata-rata netizen tersentuh saling mengingatkan antara satu sama lain kepentingan untuk menjaga keselamatan diri dan keluarga ketika musim wabak ini.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.