Penjual, pembeli nasi lemak diperintah jalani hukuman khidmat masyarakat 3 bulan

Penjual, pembeli nasi lemak diperintah jalani hukuman khidmat masyarakat 3 bulan

7 remaja daripada kumpulan itu akan mengetahui nasib mereka 18 Jun depan setelah mahkamah menerima laporan daripada pegawai JKM mengenai status mereka.

Perintah kawalan pergerakan dikuatkuasakan di pasar Air Hitam, tidak jauh dari Balik Pulau, Pulau Pinang.
GEORGE TOWN:
Seramai 22 pelanggan dan 2 penjual nasi lemak diperintahkan menjalani hukuman khidmat masyarakat 3 tiga bulan oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini kerana melanggar perintah kawalan pergerakan (PKP).

22 pelanggan itu ditangkap ketika sedang beratur untuk membeli nasi lemak daripada 2 penjual di sebuah rumah kampung di Sungai Pinang pada jam 2 pagi semalam.

Mereka didakwa di bawah Peraturan 11 (1) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah di dalam Kawasan Terkawal Tempatan) 2020, yang membawa denda RM1,000 atau hukuman penjara jika sabit kesalahan.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, A Anbalagan berkata, 7 remaja daripada kumpulan itu akan mengetahui nasib mereka 18 Jun depan kerana mahkamah akan menerima laporan akhlak daripada pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat mengenai status mereka.

A Anbalagan

Laporan akhlak mengandungi temu bual dengan remaja terbabit dan ahli keluarga mereka, dan juga cadangan penalti yang sesuai mengikut Akta Kanak-kanak 2001.

Bagi 17 yang lain, semuanya dewasa, mahkamah mengarahkan mereka memulakan khidmat komuniti 3 jam sehari selama 3 bulan bermula serta-merta, kata Anbalagan.

Polis yang melakukan rondaan mengarahkan kumpulan itu yang menunggu untuk membeli nasi lemak di kawasan itu supaya pulang, tetapi mereka dilaporkan mengabaikan amaran berkenaan sebelum ditangkap.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.