
Menteri Kewangan Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, suntikan tersebut akan dibiayai menerusi dana kerajaan serta pinjaman domestik.
“Defisit belanjawan negara sebelum ini diunjurkan lebih kurang 4.0% berikutan (pelaksanaan) Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat.
“Selepas tambahan RM10 bilion untuk Pakej Prihatin PKS, (ini bermakna) pakej keseluruhan kini berjumlah RM260 bilion yang akan meningkatkan defisit belanjawan sebanyak 0.7% kepada 4.7%,” katanya dalam temu bual eksklusif di stesen TV3.
Secara keseluruhannya Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin kini berjumlah 18% daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).
Dalam pada itu, lebih 2 juta pendaftaran baru diterima bagi permohohan Bantuan Prihatin Nasional sejak dibuka pada 1 April lepas.