Harimau positif Covid-19 selepas dijangkiti pekerja Zoo

Harimau positif Covid-19 selepas dijangkiti pekerja Zoo

Zoo Bronx kini memantau keadaan 3 ekor harimau lain dan 3 ekor singa Afrika.

Zoo Bronx berkata, harimau Malaya betina berusia 4 tahun yang dinamakan Nadia itu mengalami batuk kering sebelum ini. (Gambar AP)
NEW YORK:
Seekor harimau di Zoo Bronx di New York positif Covid-19, menurut zoo itu pada Ahad yang dipetik agensi berita Xinhua.

Nadia, harimau Malaya betina berusia 4 tahun, sebelum itu mengalami batuk kering.

Zoo itu dalam satu kenyataan berkata, 3 lagi ekor harimau dan 3 ekor singa Afrika kini dipantau.

Keputusan itu disahkan Makmal Perkhidmatan Veterinar Kebangsaan Jabatan Pertanian Amerika Syarikat.

Harimau itu terdedah kepada penyakit itu selepas pekerja zoo disahkan positif Covid-19, tetapi tidak menunjukkan gejala semasa menjaga haiwan berkenaan.

“Tidak diketahui bagaimana penyakit ini boleh menjangkiti haiwan itu, tetapi kami akan terus menjalankan pemantauan,” kata zoo itu.

Zoo Bronx ditutup kepada orang ramai sejak 16 Mac lalu.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.