
Beliau berkata, pusat kuarantin tersebut ialah Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di Bukit Padang, Akademi Bomba Sepanggar Kota Kinabalu, Politeknik Kota Kinabalu dan Hotel Butik Monaco di Sadong Jaya, dekat sini.
Beliau berkata, Akademi Bomba Sepanggar dengan 38 bilik asrama dan Politeknik Kota Kinabalu (13 bilik asrama) dipenuhi oleh pesakit PUI, sementara Institut Latihan KKM mempunyai 2 blok dengan kapasiti 91 unit dan Hotel Butik Monaco dengan 40 bilik.
Safar, dalam kenyataan malam ini berkata, kesemua pusat kuarantin tersebut menyediakan perkhidmatan perubatan, pemeriksaan status kesihatan mengikut jadual dan sokongan kaunseling psikososial.
“Dua lagi hotel masing-masing Ming Garden Hotel & Residences dan Pan Borneo Hotel, Putatan masih belum beroperasi sebagai pusat kuarantin,” katanya sambil menjelaskan pembukaan pusat kuarantin yang lain akan ditentukan KKM dari semasa ke semasa.