
Katanya, kit ujian dari Korea Selatan itu dilaporkan mempunyai tahap ketepatan ujian sehingga 80%.
Tambahnya, pihak pengeluar kit ujian sudah menjanjikan dan memberi jaminan berhubung ketepatan keputusan ujian produk tersebut.
Atas sebab itu katanya, Kementerian Kesihatan (KKM) menaruh harapan agar set kit ujian baru itu benar-benar membantu usaha saringan yang dijalankan.
“Jadi jika ketepatannya 80%, kita boleh gunakan, tetapi jika ketepatan 50% sangat sukar untuk digunakan.
“Kalau anda fikir anda dijangkiti virus, tapi ujian kata anda tidak ada virus. Apabila anda fikir tidak mempunyai virus, tapi anda virus,” katanya pada sidang media di KKM di sini, hari ini.
Minggu lepas Noor Hisham berkata, kementerian berharap dapat memesan sehingga 1 juta kit ujian pantas.
Beliau berkata, pada masa ini, makmal tempatan berkemampuan membuat 7,100 ujian sehari. Kementerian berharap dapat menjalankan 16,000 ujian dalam masa terdekat.
Jumlah kematian akibat jangkitan Covid-19 di negara ini meningkat hari ini dengan 4 lagi mangsa dicatatkan dalam tempoh 24 jam lepas.
Sebanyak 150 kes baru dilaporkan hari ini menjadikan jumlah keseluruhan kes positif Covid-19 di seluruh negara meningkat kepada 3,483 kes.
Dalam pada itu, 88 pesakit pulih hari ini, menjadikan jumlah kes dibenarkan keluar wad 915 orang, iaitu kira-kira 26.7% daripada jumlah keseluruhan jangkitan.