
Dengan sekolah di seluruh negara itu yang hampir ditutup sepenuhnya dan semakin ramai kanak-kanak menggunakan sumber pendidikan berasaskan web, Agensi Jenayah Kebangsaan (NCA) berkata ia mendapat maklumat melalui perbualan atas talian bahawa penjenayah membincangkan peluang untuk menyalahgunakan kanak-kanak.
“Amat membimbangkan ada penjenayah yang melihat untuk mengeksploitasi krisis koronavirus bagi menimbulkan kemudaratan atas talian,” kata Ketua Konstabel Simon Bailey, ketua penyiasat untuk perlindungan kanak-kanak.
“Meskipun isu pandemik akan menyebabkan penguatkuasaan undang-undang, perlindungan kanak-kanak masih menjadi keutamaan dan kami tetap komited sepenuhnya untuk memastikan anak-anak muda kita selamat.”
Polis berkata penilaian mereka mengenai risiko itu adalah berdasarkan risikan yang mendahului penularan virus itu, dan 300,000 individu terbabit melakukan ancaman sama ada secara langsung atau tidak secara atas talian.
Polis berkata mereka menggesa ibu bapa dan penjaga memastikan anak mereka sedar risiko menggunakan internet dan melancarkan kempen untuk mengukuhkan mesej keselamatan, mengatakan kandungan penderaan seks kanak-kanak boleh didapati di web terbuka dengan mudah.
Rob Jones, pengarah kepimpinan ancaman NCA, berkata mereka juga mahu syarikat teknologi melakukan lebih banyak usaha.
“Mencegah jenayah yang berlaku sentiasa penting dan kini lebih banyak daripada yang pernah berlaku memandangkan berlaku pertambahan trafik atas atalian dan kemungkinan ancaman yang tinggi terhadap kanak-kanak,” katanya.