Tarikh peperiksaan Sijil Amalan Guaman ditetapkan selepas PKP

Tarikh peperiksaan Sijil Amalan Guaman ditetapkan selepas PKP

Lembaga Kelayakan Profesion Undang-undang berkata, persiapan pelajar untuk menduduki peperiksaan CLP mungkin terjejas akibat PKP.

Kira-kira 2,000 calon menduduki peperiksaan tahunan CLP yang diadakan pada Julai.
PETALING JAYA:
Lembaga Kelayakan Profesion Undang-undang (LPQB) hanya akan memutuskan tarikh untuk mengadakan peperiksaan Sijil Amalan Guaman (CLP) selepas perintah kawalan pergerakan (PKP) bagi membendung penularan Covid-19 berakhir.

Pengarah LPQB, Jamirah Ali berkata mereka tahu persiapan pelajar untuk menduduki peperiksaan itu mungkin terjejas akibat PKP.

“Pengumuman tarikh peperiksaan CLP hanya akan dibuat lembaga selepas tempoh PKP tamat,” katanya dalam kenyataan di laman web LPQB.

Jamirah turut menasihatkan pelajar memeriksa laman web itu dari semasa ke semasa untuk perkembangan berhubung tarikh peperiksaan.

Kira-kira 2,000 calon menduduki peperiksaan tahunan itu yang diadakan pada Julai.

CLP ialah peperiksaan kelayakan untuk menjadi peguam di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.