
Lapangan terbang utama Manila berkata, pesawat dari Manila ke Lapangan Terbang Haneda di Jepun itu meletup di hujung landasan kira-kira 8 malam.
Rakaman video menunjukkan kepulan asap tebal menjulang ke langit ketika anggota bomba berusaha memadam kebakaran.
Senator dan Ketua Palang Merah Filipina, Richard Gordon menerusi Twitter memaklumkan pesawat Westwind 24 berenjin kembar itu membawa 3 kakitangan perubatan, 3 anak kapal, seorang pesakit dan seorang pengiring.
“Malangnya, tiada penumpang yang terselamat dalam kejadian itu,” kata Pihak Berkuasa Lapangan Terbang Antarabangsa Manila dalam kenyataan malam ini.
Katanya, Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Filipina sedang menyiasat kejadian itu.