
Sumber di hospital tersebut mengesahkan kepada FMT mengenai kejadian, tetapi enggan mendedahkan maklumat lanjut sementara menunggu kenyataan rasmi daripada pihak pengurusan.
Dipercayai lelaki terbabit dimasukkan ke hospital berkenaan awal semalam, dan keputusan saringan belum diketahui.
Insiden bunuh diri membabitkan pesakit Covid-19 bukanlah perkara baru, dengan kes sedemikian dilaporkan di Itali dan India sepanjang beberapa hari lepas.
Pada 25 Mac, seorang jururawat di Itali yang bertugas di barisan hadapan membunuh diri selepas disahkan dijangkiti virus tersebut kerana bimbang bahawa beliau telah menjangkiti orang lain.
Pada 18 Mac, seorang lelaki di India yang disyaki positif Covid-19 terjun dari tingkat 7 sebuah hospital di New Delhi.