Padan muka… Lelaki jilat ‘toiletries’ konon tidak takut Covid-19 ditangkap

Padan muka… Lelaki jilat ‘toiletries’ konon tidak takut Covid-19 ditangkap

Perbuatan jijik jilat barangan toiletries sambil rakam, mendapat perhatian selepas video tular dan polis sudah menangkapnya.

Susulan perbuatan jijik yang dilakukan seorang lelaki dengan menjilat barang-barang penjagaan peribadi (toiletries) di sebuah pasar raya di Missouri beberapa hari lalu akhirnya dia berjaya ditangkap pihak berkuasa.

Cody Pfister, 26, ditahan selepas videonya tular di media sosial.

Dia didakwa atas tuduhan membuat ancaman keganasan selepas merakam perbuatan menjilat barang di sebuah pasar raya sambil berkata “Siapa takut dengan koronavirus?”.

Rakaman berdurasi 5 saat yang dilakukan di pasar raya di Warrenton, Missiouri, menunjukkan lelaki itu menanggalkan topeng muka sambil menjilat barangan di rak dan merakam aksinya sendiri menerusi kamera.

Menurut laporan Metro.co.uk, pihak berkuasa di Warrenton berkata mereka menerima aduan daripada orang ramai termasuk rakyat Belanda, Ireland dan United Kingdom.

“Kami mengambil aduan-aduan ini dengan sangat serius dan ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang melaporkan video tersebut supaya isu itu dapat ditangani”.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.