India kenakan hukuman ketuk ketampi kepada mereka langgar perintah berkurung

India kenakan hukuman ketuk ketampi kepada mereka langgar perintah berkurung

Selain ketuk ketampi, polis India juga mengenakan pelbagai lagi denda kepada rakyatnya yang langgar perintah berkurung.

Hukuman ketuk ketampi kepada rakyat India yang langgar perintah berkurung. (Gambar Twitter)

Langgar arahan kuarantin dendanya ketuk ketampi!

Itulah hukuman yang dikenakan polis India kepada individu yang masih berdegil melanggar perintah berkurung yang dikenakan oleh kerajaan.

Mengapa ketuk ketampi? Kerana ia adalah cara paling tidak menyakitkan dan boleh dibuat oleh semua.

Namun, ada di sesetengah tempat, polis tempatan masih menggunakan cota untuk merotan mereka yang ingkar arahan ini.

Sejak Ahad lalu, seluruh India dikenakakan perintah berkurung bermula jam 7 pagi sehingga 9 malam sebagai langkah untuk mencegah penularan Covid-19.

Namun, perintah berkenaan diambil mudah oleh majoriti penduduk di India dan disebabkan itu pihak polis di India mengenakan hukuman ini kepada mereka yang ingkar.

Pada Selasa malam yang lalu, Perdana Menteri India, Narendra Modi tiada jalan lain selain untuk melaksanakan total lockdown buat semua penduduk India selama 21 hari.

Mereka langsung tidak dibenarkan keluar dari rumah melainkan untuk kecemasan atau membeli barangan dapur sahaja.

“Untuk menyelamatkan negara serta setiap penduduk India, saya akan melaksanakan perintah berkurung secara menyeluruh. Saya tidak dapat melihat apa yang akan berlaku kepada India jika tindakan tidak bertanggungjawab ini berterusan,” kata Modi.

Ia pastinya satu tugas yang sukar untuk menjaga 1.3 bilion penduduk India daripada terus bersosial di tempat awam.

Seperti juga di Malaysia, hanya farmasi dan kedai runcit sahaja dibenarkan operasi.

Dengan pengumuman perintah berkurung yang lebih menyeluruh ini, hukuman yang lebih ketat bakal dikenakan kepada penduduk India yang masih berdegil.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.