
Perangai pengotor sesetengah orang sememangnya tidak dapat dijangka.
Malah sebelum ini pernah viral beberapa orang melakukan tindakan pengotor semata-mata mahu raih perhatian ekoran penularan Covid-19 termasuklah jilat tempat duduk tandas dan menganggap ia sebagai “Covid-19 Challenge”.
Tidak berhenti disitu, kini muncul pula satu lagi video menunjukkan seorang lelaki bertindak menjilat barang-barang penjagaan peribadi (toiletries) di sebuah pasar raya.
Dalam video berdurasi 5 saat yang kini tular di Twitter itu, lelaki berkenaan berkata “siapa yang takut dengan koronavirus” kemudian menjilat barang-barang yang ditempatkan di rak.
Lelaki itu, yang dipercayai berasal dari Missouri, Amerika Syarikat (AS), secara sengaja melakukan perbuatan jijik tersebut sambil melihat kamera menurut laporan Metro.co.uk.
Dia kini sedang diburu selepas rakaman itu dikongsi dan retweet di Twitter.
Rakaman itu muncul selepas seorang lelaki ditangkap di Belgium kerana menjilat jari-jarinya dan mengelapnya di atas pemegang tangan di dalam sebuah pengangkutan awam.
Menurut kajian sebelum ini, virus Covid-19 boleh hidup di atas permukaan antara beberapa jam hingga beberapa hari, bergantung kepada bahan dan material.
Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]