
Kita sentiasa ditekankan menjaga aspek kebersihan jika mahu elak daripada dijangkiti Covid-19 dengan mencuci tangan menggunakan sabun atau memakai hand sanitizer bagi membasmi kuman pada tangan.
Namun, kita pasti terlupa satu-satunya benda yang paling rapat dengan semua orang sebenarnya benda yang kita selalu sentuh iaitu telefon pintar!
Itulah sebenarnya sarang pembiakan kuman kepada manusia!
Malah kajian dilakukan turut mendapati virus mampu hidup sehingga 3 hari pada permukaan skrin telefon anda.
Oleh itu, kita turut disarankan untuk membersihkan telefon setiap hari termasuklah peralatan lain yang sering kita guna seperti papan kekunci komputer, tablet serta gajet yang lain.
Bagaimanapun membersihkan telefon atau gajet anda juga ada caranya kerana jika tersalah langkah ia boleh mudah rosak.

Berikut langkah dan cara yang perlu diberi perhatian ketika sanitize telefon pintar anda:
- Jangan sembur cecair pembersih secara langsung ke telefon atau mencelupnya dalam larutan pembersih.
- Matikan telefon terlebih dulu dan jangan sambungkan kepada alat pengecas.
- Tisu basah dengan kandungan 70% alkohol sangat sesuai digunakan untuk membersihkan telefon atau gajet yang lain.
- Perah tisu basah terlebih dahulu bagi membuang cecair lebihan sebelum digunakan pada telefon anda.
- Bersihkan dengan lembut dan jangan tekan tisu basah pada telefon.
- Tuala kecil juga boleh digunakan untuk membersihkan gajet anda.
Mungkin bagi sesetengah orang ia nampak remeh tetapi jangan sesekali ambil mudah memandangkan wabak Covid-19 ini sememang harus dicegah seawal mungkin.
Membersihkan telefon anda perlu dilakukan sekerap mungkin sebagai salah satu tindakan pencegahan bagi membasmi penyebaran kuman.
Bak kata pepatah “lebih baik mencegah daripada mengubati”.
Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]