Lebih 400 lokasi seluruh negara diwarta sebagai stesen kuarantin Covid-19

Lebih 400 lokasi seluruh negara diwarta sebagai stesen kuarantin Covid-19

Pewartaan yang dibuat Kementerian Kesihatan selaras dengan Seksyen 2, Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988.

Antara lokasi yang diwartakan sebagai stesen kuarantin Covid-19 termasuk Institut Kemahiran Belia, Institut Pendidikan Guru, politeknik, kolej komuniti, pusat latihan dan Taman Negara Similajau, Bintulu, Sarawak. (Gambar Facebook)
PETALING JAYA:
Putrajaya hari ini mewartakan 409 lokasi sebagai stesen kuarantin bagi menghadapi wabak Covid-19.

Pewartaan yang dibuat Menteri Kesihatan Dr Adham Baba selaras dengan Seksyen 2, Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988.

Senarai itu termasuk Institut Kemahiran Belia, Institut Pendidikan Guru, politeknik, kolej komuniti, pusat latihan dan Taman Negara Similajau, Bintulu, Sarawak.

Terdahulu hari ini, Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah mengesahkan 2 lagi kematian akibat Covid-19.

Dalam satu kenyataan pada jam 6.30 petang beliau berkata, kes yang dilaporkan kepada Pusat Respons dan Kesiapan Krisis Kementerian Kesihatan menjadikan jumlah kematian kumulatif kerana Covid-19 ialah 8 orang.

Beliau juga berkata, pihaknya menjangkakan peningkatan kes wabak Covid-19 pada minggu ini dan minggu depan.

Mengenai 153 kes baru Covid-19 hari ini, Noor Hisham berkata, ia menjadikan jumlah positif Covid-19 di Malaysia sebanyak 1,183 kes, dengan 90 kes adalah berkaitan kluster perhimpunan tabligh.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.