
Menteri Besar, Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, pihaknya akan menentukan bantuan atau insentif yang akan diberikan kepada golongan sasar meliputi pelbagai kategori dalam masa terdekat.
Katanya, pengumuman mengenai perkara itu akan dilakukan selepas semua urusan berkaitan selesai dan semua pihak diminta bersabar serta memberikan kerjasama.
“Untuk makluman awal, Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) membuat keputusan untuk membuat kajian dan penilaian menyeluruh kesan Covid-19 kepada golongan sasar tertentu pelbagai kategori di Terengganu, semalam.
“Sejumlah RM6 juta diperuntukkan. Kerajaan negeri akan buat pengumuman dan doakan segalanya dimudahkan,” katanya di Facebook hari ini.