Sembunyi sejarah perjalanan, kontak rapat ialah jenayah, kata KP kesihatan

Sembunyi sejarah perjalanan, kontak rapat ialah jenayah, kata KP kesihatan

Dr Noor Hisham Abdullah menggesa orang ramai tidak menyembunyikan maklumat penting itu kerana ia boleh menjejaskan keselamatan kakitangan dan fasiliti penjagaan kesihatan.

Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia Dr Noor Hisham Abdullah. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah menggesa orang ramai dan pesakit tidak menyembunyikan sejarah perjalanan serta kontak rapat mereka ketika krisis Covid-19.

Katanya, ada beberapa insiden pesakit enggan mendedahkan maklumat penting seperti kehadiran mereka di perhimpunan tabligh di Masjid Sri Petaling pada 27 Feb hingga 1 Mac lalu.

“Hanya selepas prosedur dan rawatan klinikal selesai, maklumat kritikal tersebut telah didedahkan. Pada masa itu, keselamatan petugas kesihatan dan fasiliti kami telah terjejas.

“Ia adalah satu jenayah sekiranya anda tidak mendedahkan atau menyembunyikan maklumat. Saya merayu orang ramai dan pesakit untuk jujur dan tidak menyembunyikan maklumat sehingga menimbulkan risiko kepada nyawa dan fasiliti kami,” tulisnya di Facebook hari ini.

Awal minggu ini, Klinik Kesihatan Seri Kembangan terpaksa ditutup dan dibersihkan selepas seorang pesakit yang dilaporkan berbohong mengenai kehadirannya dalam ijtimak tablihg akhir bulan lalu disahkan positif Covid-19.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.