
Menurut kenyataan itu, Albert, 62, akan terus menjalankan tugasnya di pangsapuri peribadinya di istana.
Pengumuman itu menyusul 3 hari selepas Perdana Menteri Monaco, Serge Telle, mengumumkan beliau dijangkiti Covid-19.
Monaco mengumumkan semua tempat awam ditutup kepada orang ramai mulai tengah malam Sabtu, termasuk kasino seperti negara lain yang melaksanakan sekatan keluar masuk dalam usaha membendung penularan Covid-19.
Jumlah kes positif Covid-19 di Monaco meningkat kepada 9 orang pada Rabu, sejak kes pertamanya diumumkan pada 28 Feb lalu.
Albert ialah ketua House of Grimaldi yang mentadbir Monaco, negara ke-2 paling kecil di dunia yang didiami golongan kaya dan terkenal disebabkan cukainya yang rendah.