
Wabak Covid-19 sudah mencapai tahap pandemik di seluruh dunia.
Banyak negara luar sudah isytihar “lockdown” berikutan virus ini.
Malaysia juga sebagai negara Asia Tenggara mempunyai kes tertinggi mula mengambil langkah sewajarnya apabila Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin mengumumkan kerajaan akan melaksanakan “Perintah Kawalan Pergerakan”.
Ia sebagai langkah lebih berjaga-jaga demi memastikan orang ramai peka dengan kesan wabak Covid-19.

Selain Malaysia, beberapa negara luar telah melakukan inisiatif untuk menangani wabak ini dan kebanyakan mereka memberikan kerjasama kepada pihak berkuasa bagaimana cara menangani wabak Covid-19 sewaktu berada di tempat awam.

Menurut posting @jessicatedja di Twitter, dia menunjukkan bagaimana penduduk di negara luar seperti China, Filipina dan Thailand menjarakkan diri dengan orang di tempat awam.
Di China, mereka akan menjarakkan diri dengan orang lain tak kira sama ada waktu beratur mahupun waktu makan.

Mereka akan menjarakkan meja masing-masing daripada orang lain lebih kurang 1 meter.
Tidak kisah sama ada makan di tempat indoor atau outdoor mereka akan tetap menjarakkan diri dengan orang sekeliling.

Manakala di Filipina pula, dalam rumah ibadat mereka akan duduk jarak dengan orang sebelah dengan cara pita kuning akan dilekatkan bagi menunjukkan jarak mereka dengan orang lain.
Bukan itu sahaja, sewaktu hendak naik keretapi juga mereka beratur dengan jarak yang jauh daripada orang belakang dan depan.

Di Thailand pula, cara yang mereka tunjukkan cukup menarik perhatian orang ramai di mana kedudukan orang di dalam lif sudah ditetapkan.
Mengikut contoh yang ditunjukkan, orang yang ada dalam lif kena berdiri bertentangan dengan orang lain.

Kesemua cara ini boleh dicontohi di Malaysia sebab ini juga merupakan salah satu cara rakyat membantu pihak Kerajaan untuk menangani wabak ini.
Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]