Jumlah kematian Covid-19 meningkat 3,179 di China

Jumlah kematian Covid-19 meningkat 3,179 di China

7 kematian dilaporkan dalam tempoh 24 jam lalu manakala 8 kes baru dikesan, menjadikan jumlah kes disahkan mencecah 80,813.

WHO mengesahkan lebih 4,900 kematian seluruh dunia akibat Covid-19. (Gambar AP)
BEIJING:
Jumlah kematian di China akibat wabak Covid-19 meningkat kepada 3,179 orang, menurut Suruhanjaya Kesihatan Negara pada Jumaat.

Tujuh lagi kematian dilaporkan dalam tempoh 24 jam lalu manakala 8 kes baru dikesan, menjadikan jumlah kes disahkan mencecah 80,813.

Enam kematian di pusat epidemik, wilayah Hubei dan 1 di wilayah Shandong.

Jumlah kematian di seluruh dunia melebihi 4,900 orang, dengan lebih 134,000 kes disahkan, menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.