Sanggup ke… Makmal tawar RM19,000 untuk dijangkiti Covid-19 bagi cari penawar

Sanggup ke… Makmal tawar RM19,000 untuk dijangkiti Covid-19 bagi cari penawar

24 sukarelawan diperlukan untuk menjadi bahan ujikaji dengan dijangkiti Covid-19 sebelum mencari vaksin yang dapat menyembuhkan sesiapa sahaja yang dijangkiti.

Virus Covid-19 semakin menular hingga beberapa syarikat berusaha untuk mencari vaksin.

Kebimbangan penularan Covid-19 semakin menggusarkan kerana jumlah kes terus meningkat di beberapa negara selagi vaksin bagi wabak ini tidak ditemui.

Tidak dinafikan pengkaji sedaya upaya bertungkus lumus mencari penawar bagi penyakit ini.

Dan bagi menjalankan ujikaji keberkesanan vaksin tersebut mereka memerlukan beberapa sukarelawan yang rela dijangkiti coronavirus.

Menurut Daily Mail, “sukarelawan” makmal yang sanggup menyertai pencarian penawar ini akan diberikan ganjaran RM19,231 namun mereka perlu duduk di dalam sebuah fasiliti selamat di London dan tidak boleh berhubung dengan dunia luar selama dua minggu dan akan sentiasa diperiksa.

24 sukarelawan ini akan dijangkiti dengan 2 jenis koronavirus 0C43 dan 229E yang sama dengan virus Covid-19.

Sukarelawan akan dibayar RM19,231 supaya dijangkiti Covid-19 dan ujian akan dijalankan di The Queen Mary BioEnterprises Innovation Centre di Whitechapel.

Seperti penyakit sebenar, 2 virus ini akan memberikan simptom yang sama jika seseorang dijangkiti Covid-19.

2 virus ini juga dikatakan boleh menyebabkan berlakunya gangguan pernafasan.

Selepas keadaan sukarelawan sama seperti pesakit yang dijangkiti Covid-19, mereka akan digunakan untuk menghasilkan vaksin Covid-19 dan akan diberikan ubat-ubatan antiviral.

Menurut syarikat yang memiliki makmal ini, sukarelawan tak dibenarkan bersenam atau menyentuh orang dan makanan mereka juga akan dikawal.

Namun sukarelawan itu akan disediakan TV dan video games untuk menghabiskan masa terluang mereka.

Setiap bilik juga akan dilengkapi dengan semua benda yang boleh buat mereka relaks, termasuk “flat screen TV”, PS3, WiFi dan bilik mandi mewah.

Menurut pakar, eksperimen ini sebahagian daripada perlumbaan dunia untuk mencari vaksin bagi membunuh virus ini dan yang paling utama bagi membantu golongan warga emas serta mereka yang mempunyai penyakit lain dan daya ketahanan rendah berbanding manusia normal.

Namun eksperimen ini masih dalam perancangan kerana syarikat tersebut perlu mendapatkan persetujuan daripada Agensi Penguatkuasaan Produk Ubat dan Kesihatan UK terlebih dahulu sebelum meneruskan hasrat mereka.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.