
Menerusi satu kenyataan, PMO berkata kes terbaru ini adalah dalam kalangan pesakit yang dipantau, kontak rapat dan misi bantuan kemanusia
“Satu kes, iaitu kes ke-87 telah pulih dan didiscaj daripada hospital.
“Ini menjadikan setakat ini seramai 25 orang telah pulih sepenuhnya dan discaj daripada wad,” menurut kenyataan itu.
Ia juga menasihati rakyat tidak mengunjungi tempat yang padat dan menjarakkan diri sekurang-kurangnya 1m apabila berdepan dengan individu lain.
Sabtu lalu, 10 kes baru Covid-19 dilaporkan dan semua kes ini dikesan dan diasingkan untuk rawatan lanjut.
Terdahulu, ibu pejabat takaful Hong Leong mengesahkan seorang pekerjanya disahkan positif Covid-19 pada Jumaat lalu.
Pekerja yang bertugas di Menara B, PJ City Development, itu mula menjalani kuarantin di rumah pada 2 Mac selepas tidak sihat dan kini dirawat di sebuah hospital kerajaan.
Beberapa pekerja lain yang merupakan kontak langsung dengan pesakit itu turut menjalani kuarantin di rumah selama 14 hari mulai 2 Mac lalu.