Kumpulan hak asasi bimbang kerajaan baru tak minat tangani kahwin bawah umur

Kumpulan hak asasi bimbang kerajaan baru tak minat tangani kahwin bawah umur

Ia selepas pelantikan pemimpin PAS Siti Zailah Mohd Yusoff sebagai timbalan menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat.

Sister In Islam berkata PAS tidak berkongsi visi yang sama untuk menamatkan perkahwinan bawah umur.
PETALING JAYA:
Kumpulan hak asasi wanita Islam, Sisters in Islam (SIS) kelihatan tidak yakin kerajaan Perikatan Nasional komited untuk menegakkan hak wanita dan kanak-kanak termasuk pelarian dan kanak-kanak tanpa kerakyatan, mengatakan portfolio Kabinet berkaitan kini berada di tangan pihak yang tidak berkongsi matlamat sedemikian.

Ia berlaku di tengah-tengah kritikan mengenai pelantikan pemimpin PAS Siti Zailah Mohd Yusoff sebagai timbalan menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat.

Kelantan, yang diperintah PAS, adalah antara negeri yang menentang gesaan untuk mengharamkan perkahwinan bawah umur dalam kalangan umat Islam.

“Visi untuk menamatkan perkahwinan kanak-kanak di Malaysia bukan matlamat bersama antara Sisters in Islam dan PAS,” kata SIS dalam satu kenyataan.

Umur perkahwinan semasa di bawah undang-undang sivil adalah 18 tahun, manakala mahkamah syariah diberi kuasa untuk membenarkan perkahwinan wanita Islam pada usia 16 tahun atau lebih muda.

SIS berkata ia bimbang dengan kemasukan PAS dalam Kabinet persekutuan memandangkan parti itu tidak melarang perkahwinan bawah umur.

Ia berkata dengan adanya PAS dalam Perikatan Nasional, adakah kerajaan baru masih berminat untuk melindungi hak kanak-kanak dari perkahwinan bawah umur.

SIS berkata Malaysia mempunyai komitmen untuk memenuhi Matlamat Pembangunan Mampan, yang antara lain menyeru kesaksamaan gender, penghapusan berkhatan bagi wanita dan penyertaan yang sama dalam politik, ekonomi dan masyarakat.

Ia berkata peralihan kuasa politik susulan tumbangnya kerajaan Pakatan Harapan memberi kesan kepada pembaharuan undang-undang untuk melindungi hak-hak wanita, termasuk pembatalan rang undang-undang gangguan seksual dan undang-undang untuk menghentikan diskriminasi di tempat kerja.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.