
Sehingga kini Covid-19 tidak menunjukkan tanda-tanda akan pulih sepenuhnya dalam masa terdekat berikutan angka mereka yang dijangkiti semakin meningkat.
Sehubungan itu, semakin ramai yang mengambil langkah berjaga-jaga untuk mengelakkan daripada dijangkiti virus itu.
Tidak dinafikan ada yang menjadi semakin kreatif dengan menggunakan plastik dan botol air untuk menggantikan topeng muka yang semakin berkurangan.
Namun tindakan sebuah kedai gunting rambut di China menggunakan batang penyapu untuk menggunting rambut pelanggannya sebab nak jauhkan diri mereka daripada pelanggan yang berpotensi mempunyai virus tersebut agak pelik.
Menurut laporan Daily Mail mereka meletakkan alat menggunting rambut pada hujung batang penyapu supaya mereka tidak perlu mendekati pelanggan.
Kejadian yang berlaku di Luzhou Shi, China itu juga menerima kecaman daripada netizen di Facebook yang mengatakan tukang gunting terbabit seperti sengaja mencari perhatian.
Walaupun nampak macam kreatif namun menggunakan batang penyapu membuatkan rata-rata netizen tidak terhibur dengan video tersebut.
Bagi mereka, tindakan itu seperti melambatkan lagi pekerjaan tersebut.
Sehingga kini, video itu telah ditonton sejuta kali di Facebook Daily Mail.
Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]