Covid-19: Persatuan farmasi gesa kerajaan hapus harga siling, larang eksport penutup hidung dan mulut

Covid-19: Persatuan farmasi gesa kerajaan hapus harga siling, larang eksport penutup hidung dan mulut

Langkah itu memastikan terdapat bekalan penutup hidung dan mulut yang mencukupi ketika penularan jangkitan Covid-19.

Persatuan Farmasi Komuniti berkata, berikutan jangkitan Covid-19 di Malaysia, penjualan penutup hidung dan mulut meningkat 3 kali ganda menyebabkan kekurangan bekalan, selain pengeluar mengeksport produk itu pada harga yang tinggi.
GEORGE TOWN:
Persatuan Farmasi Komuniti Malaysia (MCPG) menggesa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) untuk memansuhkan sementara harga siling penutup hidung dan mulut, serta melarang pengeksportan barangan itu dari Malaysia.
Presiden MCPG Lovy Beh

Presiden MCPG Lovy Beh berkata permintaan itu bagi memastikan terdapat bekalan penutup hidung dan mulut yang mencukupi di negara ini ketika penularan jangkitan Covid-19.

Beliau mendakwa berikutan jangkitan Covid-19 di Malaysia, penjualan penutup hidung dan mulut di negara ini meningkat 3 kali, menyebabkan kekurangan bekalan, selain pengeluar mengeksport produk itu pada harga yang tinggi.

“Kami akan berjumpa dengan kementerian berkenaan untuk memansuhkan sementara harga siling dan melarang pengeluar daripada mengeksport produk mereka supaya kita mempunyai bekalan penutup hidung dan mulut yang mencukupi di Malaysia,” katanya pada sidang akhbar di sini, hari ini.

MCPG mengadakan mesyuarat agung tahunan (AGM) ke-15 hari ini.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.