PH Johor yakin Adun PKR keluar parti sebab tekanan

PH Johor yakin Adun PKR keluar parti sebab tekanan

Tindakan Adun Pemanis, Chong Fat Full bertentangan dengan kenyataannya pada sidang media dan akuan berkanunnya.

Chong Fat Full. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
Pakatan Harapan (PH) Johor yakin Adun Pemanis, Chong Fat Full keluar PKR disebabkan tekanan, kerana tindakannya bertentangan dengan kenyataan pada sidang media dan akuan berkanun yang ditandatangani pada 28 Feb.

“Keputusan beliau bertentangan dengan pendirian yang beliau nyatakan sebelum ini,” katanya bekas gabungan pemerintah itu.

Semalam, Berita Harian melaporkan Chong, 60, mengumumkan keluar PKR untuk menjadi adun bebas, dan sudah menandatangani akuan berkanun menyokong gabungan baru yang diterajui Menteri Besar Hasni Mohammad dari Umno.

Chong, yang menyertai PKR pada 2009, menang DUN Pemanis pada pilihan raya umum ke-14 dengan majoriti 363 undi, mengalahkan calon Barisan Nasional dan PAS.

Hasni mengangkat sumpah menteri besar Johor ke-18 pada Jumaat selepas Istana Johor berpuas hati gabungan Umno dan PPBM mendapat sokongan 28 Adun berbanding 26 Adun yang menyokong PH.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.