
Timbalan Pengarah (Siasatan/Perundangan) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman Mior Faridalathrash Wahid berkata lelaki berusia 42 tahun itu ditahan semalam di Seremban, Negeri Sembilan selepas pihaknya menerima laporan berhubung perkara itu.
“Proses reman dan siasatan akan dijalankan Ibu Pejabat Polis Daerah Seremban,” katanya ketika dihubungi Bernama.
Bagaimanapun Mior Faridalathrash berkata lelaki yang ditahan itu tiada kaitan dengan 5 individu yang diburu kerana melakukan kesalahan sama.
Menurutnya, beberapa individu yang terbabit dengan kes yang dikendalikan Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Bukit Aman ditahan, namun maklumat terperinci mengenainya akan dimaklumkan kemudian.
Katanya lagi, setakat ini 6 individu ditahan bagi membantu siasatan dan 10 kertas siasatan dibuka membabitkan kes menghina Yang di-Pertuan Agong di Facebook.