Pengerusi UDA Holdings positif Covid-19

Pengerusi UDA Holdings positif Covid-19

Sumber berkata Hisham Hamdan baru-baru ini berhubung dengan bekas menteri dan timbalan menteri.

Pengerusi UDA Holdings Hisham Hamdan.
PETALING JAYA:
Beberapa sumber yang rapat mendakwa Pengerusi UDA Holdings Hisham Hamdan disahkan positif Covid-19.

Salah seorang daripada mereka memberitahu FMT bahawa Hisham baru-baru ini berhubung dengan bekas menteri dan timbalan menteri.

FMT menghubungi Kementerian Kesihatan untuk mendapatkan pengesahan lanjut.

Dalam satu kenyataan, UDA Holdings mengesahkan salah seorang ahli lembaga pengarahnya disahkan positif Cov-19 dan kini dikuarantin di sebuah hospital kerajaan. Bagaimanapun, ahli lembaga pengarah tersebut tidak dinamakan.

“UDA dalam usaha mengambil langkah berjaga-jaga bagi mengenal pasti individu yang berurusan secara dekat dengan individu terbabit.

“UDA turut bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan dari masa ke semasa berhubung perkara ini,” menurut kenyataan itu.

Syarikat itu juga berkata pihaknya komited menjalankan tindakan sewajarnya bagi mengatasi penularan virus itu demi kesihatan dan keselamatan kakitangannya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.