Trik dan tip ketahui mesej sudah dibaca jika tutup ‘blue tick’

Trik dan tip ketahui mesej sudah dibaca jika tutup ‘blue tick’

Hanya dengan hantar rakaman suara anda akan dapat tahu jika mesej ada yang bertaip sebelum ini dibaca atau tidak.

Mudah hanya dengan melalui mesej rakaman suara antara langkah berkesan untuk mengetahui sama ada mesej itu sudah dibaca atau tidak di WhatsApp.

Kecanggihan teknologi ketika ini sememangnya tidak dapat dinafikan memandangkan semua pekerjaan yang dilakukan pasti mahu ia dilakukan sepantas mungkin.

Ia termasuklah ketika menghantar mesej menggunakan aplikasi WhatsApp yang dilihat ketika ini paling popular untuk berhubung antara satu sama lain.

Apatah lagi ia “user friendly” sehingga kanak-kanak juga pandai menggunakannya.

Namun ada juga individu yang mengambil sikap sambil lewa terhadap sebarang mesej yang diterima.

Bagi pengguna WhatsApp mesti sudah sedia maklum, “single tick” bermakna mesej sudah dihantar, “double grey tick” bermaksud mesej sudah diterima dan belum dibaca, manakala “blue tick” pesanan anda sudah dibaca.

Tetapi ada juga sesetengah individu yang menutup penggunaan “blue tick” yang sekaligus menyukarkan penghantar untuk mengetahui sama ada mesej itu sudah dibaca atau tidak.

Namun tahukah anda cara untuk perangkap mereka yang tutup penggunaan “blue tick” ini?

Sesetengah orang mahukan privasi dengan menutup penggunaan ‘blue tick’.

Bagaimanapun jika anda ingin tahu sekiranya penerima sudah membaca atau tidak mesej yang dihantar, beberapa teknik dibawah ini boleh merungkaikan persoalan itu.

  • Buka paparan WhatsApp individu yang dihantar mesej yang menutup “read receipt”.
  • Hantar rakaman suara kepadanya.
  • Jika individu tersebut mendengar rakaman suara yang dihantar, ikon mikrofon akan menjadi biru dan bermakna individu itu telah membaca mesej anda, namun tidak membalasnya.

Ia merupakan langkah atau kaedah terbaharu bagi pengguna WhatsApp untuk mengetahui sama ada penerima mesej itu sudah membaca atau tidak.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.